Assalamualaikum..
Seperti yang diketahui, anak-anak autisme kebanyakannya tak suka dipeluk. Eusoff suka dipeluk kalau kena masa, dan caranya. Tapi kalau nak tunggu dia peluk kita ni, memang susah sikit.
Semalam Eusoff telah memeluk saya dengan sangat erat. Tangannya berlingkar di leher saya sambil wajahnya dirapatkan ke muka saya. Tiba-tiba saja tanpa apa-apa hint.. Dia siap rocking saya lagi ke kiri dan ke kanan seakan mendodoikan saya.
Sekiranya dia adalah anak saya yang tipikal, perbuatannya itu sudah dikira touching. Apatah lagi jika dia seorang anak autisme. Berpuluh kali ganda touchingnya sampai saya rasa macam terkena ecstasy sekejap.. Khayal dalam pelukan anak saya yang seorang ini. Khayalan saya cuma dikejutkan dengan komen Kakak Damia ... "Kakak rasa jeles pulak tengok Eusoff peluk Mama ni..." dan Eusoff dengan segera melepaskan pelukannya lantas terus berlari ke bilik meninggalkan saya masih tersenyum-senyum di ruang tamu.
Saya happy sangat hari ini. Kalau benar fakta yang menyatakan pelukan boleh menambahkan daya imun seseorang, sudah pasti daya imun tubuh saya cukup sampai setahun kerana sehingga ke hari ini saya masih teruja dan masih dapat merasa nyamannya pelukan Eusoff.. walaupun semalam ianya berlangsung hanya selama beberapa minit.
Saya terfikir betapa saya mungkin tidak menghargai detik-detik istimewa bersama anak-anak ..sekiranya kesemua anak-anak saya adalah anak-anak tipikal. Autisme mengajar saya untuk lebih menghargai mereka dan menjadikan saya ibu yang lebih baik.
Terima kasih Eusoff kerana membahagiakan Mama setiap hari.. I love you so much!!
No comments:
Post a Comment