Sebelum mula berpuasa hari tu aku agak risau takut-takut bekalan susu akan menurun ketika aku berpuasa. Tambahan masih dalam pantang..banyak benda yang aku masih belum boleh makan untuk menambahkan susu. Banyak petua yang aku dapat untuk mengekalkan bekalan susu ketika berpuasa secara verbal dari kawan-kawan, keluarga dan nurse. Banyak jugak maklumat yang aku dapat dari blog-blog.
Alhamdulillah bekalan susu aku mencukupi malah rasanya semakin bertambah sampai baby Daniel pun tak larat nak habiskan. Bila menyusu sampai tersedak-sedak dia, sebab susu banyak hingga memancut2. Habis basah2 baju aku kerana susu meleleh sampai kena pakai nursing pad pulak dah..
Antara petua yang aku amalkan setakat ni dan berkesan ialah:-
1. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusui anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusui anakku”. Dipetik dari blog Dunia Susu Ibu.com
1. Makan kurma banyak-banyak... Sebelum makan tu baca Bismillah dan selawat nabi dulu. Amalkan makan semasa berbuka dan bersahur. AKu selalu makan 7 bijik sekali makan. Kurma tu sedap dan murah... kadang-kadang time tengok TV pun aku makan lagi. Hehe...
2. Minum air sebanyak yang boleh..Air masak biasa tu oke? Bukan air hujan, air terjun mahupun air mata..haha.. kelakar kan aku?? sila muntah jauh-jauh.. kalau buleh setiap kali lalu kat dapur rumah tu tibai segelas air..
3. Minum susu 2x sehari (semasa berbuka dan bersahur)... susu bekalkan kalsium untuk tubuh kita. Bila menyusukan anak, bekalan kalsium tubuh akan berkurangan sama macam semasa mengandung dulu...mesti mau top-up balik oke? Bagi aku, aku cuma minum susu skim biasa saja...tak minum pun susu khas untuk ibu menyusu tu..mahal! Tapi kalau mampu apa salahnya...untuk anak sendiri jugak.
4. Makan sayur sawi. Aku selalunya buat sup sawi ni ala-ala rebus tanpa ditumis terlebih dahulu ..hirup sup sampai habis sebab secara tak langsung sup juga menambahkan bekalan air untuk badan. Ni petua mak aku ni...chewah!
5. Menyusukan bayi secara terus dan pam setiap dua jam sekiranya kita berjauhan dengan baby. Yang penting jangan ponteng pam susu kalau dah sampai masanya. Kalau tak supply akan kurang.
6. Makan makanan seimbang dan jangan lupa makan supplement tambahan seperti Folic Acid dan Vitamin C.
7. Menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur.
Itu jelah yang aku amalkan... simple aje kan? Kos pun tak mahal...sesuai le untuk orang yang berjimat untuk persiapan raya pulak macam aku ni. Anak dah 3 beb..baju raya diorang je dah 3 pasang..belum masuk kasut, duit raya lagi dan macam2 lagilah...so amalkan petua rasanya lebih mudah dan murah berbanding mendapatkan khidmat perubatan bagi memperbanyakkan susu.
Salam Ramadhan!
~Sharing is caring~
No comments:
Post a Comment